piagam pelanggan aadk ~ aku mutalib - yang terbaeek

piagam pelanggan aadk

Bahawasanya kami berjanji akan:


• Komited untuk menguatkuasakan undang-undang Dadah Berbahaya bagi melahirkan 1 Malaysia yang bebas dadah menjelang 2015 ;

• Memastikan Dasar, Perancangan Dan Penyelidikan ,AADK adalah selari dengan matlamat Negara Bebas Dadah menjelang tahun 2015;

• Merancang dan menyedia perancangan strategik perlaksanaan program pendidikan pencegahan dadah bagi negeri dan daerah dalam tempoh setahun;

• Melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah di Institusi Keluarga, Pendidikan, Tempat Kerja dan Komuniti dua kali sebulan;

• Merawat dan memulih penagih dadah di PUSPEN selama dua belas (12) bulan;

• Merawat, memulih dan memantau kes-kes pengawasan selama 24 bulan;

• Menjalankan sekurang-kurangnya satu operasi satu daerah satu minggu satu kali di seluruh Malaysia;

• Waran peruntukan dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja

• Memberi maklumat berkenaan dengan dadah dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja kepada pemohon;

• Memberi maklumbalas aduan mengenai kegiatan dadah kepada pengadu dalam tempoh tidak melebihi 14 hari dari tarikh terima aduan;

• Memberi jawapan ke atas permohonan maklumat daripada Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (BIONADI) dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;

• Memastikan respons kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat , mesra dan menepati tempoh-tempoh berikut :
- Akuan penerimaan dalam masa 3 hari
- Maklumbalas awal dalam tempoh 14 hari
- Laporan status aduan dalam masa 2 bulan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More